Monday, November 29, 2010

[SOLD] Goodyear Eagle F1 GS-D3

Item(s):
4 Goodyear Eagle F1 Tyres (Eagle F1 GS-D3)
spec : 205/55/16
made in thailand
UHP tires a.k.a ''Wet King''
Pattern V

Price:
SOLD

Item(s) conditions:
Tread ~ 60% (rear) , 70% (front)
traction AA , temp A , treadwear 230
product date : 0507






Monday, May 10, 2010

Rumah Utk Disewa Taman Impian Putra


Ada sebuah rumah untuk disewa. Butiran lanjut seperti berikut:
Beralamat di : No 35 , Fasa 6 , Taman Impian Putra.
Jenis Rumah : Teres 2 tingkat - lot tengah (hadapan kosong dan lapang , berdekatan padang permainan, parking space utk 2 kereta sedan)
Kelengkapan : 4 bilik dan 3 bilik air. Semi-furnished
Keluasan : 20 x 70.
Harga sewa : RM 1000
Deposit : 3 bulan sewa + RM 300 (bil api dan air)
Hubungi : nije004@yahoo.com Or Sms 012.9882124

Wednesday, February 17, 2010

Slumber Restaurant

Puas mencari tempat makan di sekitar area S.Alam .. nasib baik GPS membantu. Dari luar , kedai makan di sudut corner lot ini , mmg nampak menarik. suasana romantik dgn lampu-lampu tungsten yg menerangi ruang perniagaan Slumber Restaurant. Nak parking pun senang dan luas, so no problem nak bawak geng buat TT.

Mmmh sesuai utk membawa teman atau keluarga dtg menjamu selera. Kami menjamu selera masakan panas bergoreng dgn air buah gelas besar, mmg best dan sedap. Harganya pun standard dan berpatutan. Cuma servis jer agak slow sket , maybe that day ada ramai customer. So kalu mmg not in rush , sambil2 sembang dgn teman mmg kira okeyla. Ruang makan juga selesa dan bersih. Aku mmg recommend la. Aku pun nak pegi balik kedai nie , nak try western food plak.

Keselesaan ****
Kebersihan ***
Servis ***
Taste ****
Price ****

Friday, October 16, 2009

My 2009 New Rig - TheDragonLord

I just built my new rig abt a month ago ..
And i love it esp the new casing K-58 and GTX 260 SLi setup !


Malacca Zoo Alpha Challenge 2009

Top 3 Winners in Alpha Zoo Melaka Challenge 11/10/2009

Here is my entry photo :



Taken with Sony Alpha700 with Sony 70-300mm F4.5-5.6 G SSM len

Exif data :

Exposure: 0.017 sec (1/60)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 200 mm
ISO Speed: 800

Tuesday, April 07, 2009

Siapa ??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Wednesday, February 25, 2009